Sepiring Malaysia Ajak Anak Kau Main Origami



Kalau keluar makan dengan anak, cukup-cukuplah asyik bagi main henpon bukakkan YouTube je. Nanti sampai ke sudah dia jadi leka dan ingat nak main henpon je bila ke mana-mana.

Cuba kau tengok macam Sepiring Malaysia ni. Dia sediakan kertas origami bagi anak dan mama dia main.

Kertas tu dating dengan menu untuk budak-budak. Hujung kertas tu dia sediakan seksyen untuk kau koyakkan dan boleh buat origami. Bentuk origami yang ada atas meja aku hari tu adalah ikan paus.

Tak susah mana nak lipat origami ni sebab dah ada manual nombor dia tunjuk atas kertas tu. Sambil melipat, boleh kau ajar anak kau mengira nombor sekali.

Dahlah menu sini semua sedap-sedap belaka. Kreativiti anak pun dapat diperkembangkan dengan jayanya.

Bagus kan?

Papa dia pulak boleh sambung main tepon 😆

Comments