Review Filem Tomb Raider, Lara Croft Ada 9 Nyawa


Selepas Angelina Jolie memegang watak Lara Croft pada edisi sebelumnya, Alicia Vikander kini memegang watak yang sama untuk siri reboot Tomb Raider ini.

Bila dah ada filem yang sama sebelumnya kemudian diberi nafas baru, aku macam biasalah akan compare kedua-duanya.

Jalan cerita dia hampir sama seperti Tomb Raider sebelum ini. Cuma cerita dimulakan dengan Lara Croft hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa meskipun memiliki harta yang banyak asbab peninggalan bapanya. Bapanya meninggalkannya kerana ingin menyelesaikan misi misteri.

Sampai satu hari Lara teringin untuk mengetahui di mana ayahnya telah pergi apabila dia diberikan 'hint' melalui alat teka-teki yang aku tak ingat apa nama dia. Daripada hint tersebut, ayahnya meninggalkan rakaman video tentang misi yang sedang dia jalankan iaitu pencarian Puteri Himiko, yang pada zaman dahulu puteri ini telah mengambil banyak nyawa.



Ayahnya ingin menghapuskan jejak pencarian Puteri Himiko kerana terdapat pertubuhan misteri bernama Trinity yang ingin mendapatkan makan puteri tersebut untuk kepentingan peribadi mereka.

Bermulalah pengembaraan Lara ke Pulau Yamatai, di perairan Jepun dengan bantuan Lu Ren, seorang anak kapten kapal yang pernah membantu ayahnya untuk pergi destinasi yang sama.

Di Yamatai, mereka berdua telah ditangkap oleh Trinity dan bermulah aksi mereka untuk melepaskan diri dari cengkaman pihak jahat ini sekaligus cuba untuk menghalang mereka daripada memiliki makan Himiko.

https://youtu.be/8ndhidEmUbI

Kalau aku cerita lebih karang, kuranglah feel dia. Kau kena tengok sendiri baru nampak jalan cerita sebenar.

Yang penting aksi Lara Croft dalam siri ini memang banyak dari satu plot ke plot yang lain. Ternyata filem terbaru arahan Roar Uthaug ini lebih bertenaga dan seronok untuk ditonton serta tidak bosan.

Aku jangka akan ada siri kedua Lara Croft sebab masih belum reveal lagi pihak Trinity bagaimana gerak kerja mereka.

Kau cepat-cepatlah tengok di wayang ye.

Comments