Kau Share Resepi Padu, Pasti Viral



Sibuk orang sekarang ni mencari perkara viral. Entah apa yang dicari sebenarnya tak tahulah, tapi lebih kepada memuaskan diri sendiri ketika melayari laman sosial.

Apa yang penting, kau kena berhati-hati dengan realiti maksud viral ni. Dulu dia mungkin suatu perkara yang positif, atau menghiburkan hati. Kini, perkataan viral tu dah membawa maksud yang negatif dan menjadi kecaman orang.

Namun, jangan dinafikan tentang kuasa viral. Terutamanya kepada pemilik bisnes. Capaian yang tinggi kepada orang ramai adalah amat penting bagi memberitahu dengan lebih luas lagi tentang bisnes kita. Berita viral punyai kuasa untuk memberi capaian yang sangat tinggi.

Sepanjang aku study konten viral ni, satu konten yang paling mudah untuk dapatkan share daripada audience ialah resepi.

Kau boleh search je apa-apa jenis page, atau orang perseorangan yang berkongsi resepi, pasti banyak orang share.

Antara orang besar dalam dunia resepi ni dan aku hanya suarakan pendapat bagi pembaca Melayu.

1. Seminit Resepi
2. Resepi Mudah
3. Kongsi Resepi
4. MyResepi

Kau akan sedar yang konten dia orang semua akan jadi lebih kurang je terutamanya tentang menu. Yelah, masakan Melayu ni pusing ikut mana pun akan jadi lebih kurang je.

Yang membezakan setiap satu platform itu ialah bagaimana kau present konten kau kepada audience.

Cara mudah untuk share resepi bagi viral ialah:

1. Buat secara langkah demi langkah
2. Setiap langkah itu kau ambil gambar dan terangkan
3. Konten wajib tulis ialah bahan-bahan dan cara penyediaan
4. Hasil buatan resepi mestilah diambil gambar dengan cantik
5. Tips penting ketika penyediaan adalah bonus extra miles
6. Masa closing kalau dapat buat ayat yang punchy, confirm viral.

Nah, aku dah kongsikan teknik viral mudah. Jadi, selamatlah beramal.


Comments