Perkhabaran Sedih Dari Batu Pahat



Sedikit perkhabaran sedih.

Tengah hari 14 Mac 2018, rumah adik ipar saya, Cikgu Amira di Kampung Rahmat, Batu Pahat, Johor hangus dijilat api.

Semua barang dan dokumen penting tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah tiada kehilangan jiwa. Namun, keadaan mereka kini tinggal sehelai sepinggang.


Oleh itu, saya ingin memohon bantuan derma kilat kepada pasangan suami isteri ini bersama 3 orang anak mereka iaitu seorang anak perempuan berusia 7 tahun dan dua orang anak lelaki masing-masing berusia 5 tahun dan 8 bulan.

Bantuan boleh dihulurkan dalam bentuk fizikal dengan menghantarkan terus ke Pasti Al Wafi Evergreen belakang kedai Tawakkal di Kampung Rahmat.

Boleh juga hubungi beliau seperti link di bawah:
http://www.wasap.my/+6012-7440682

Atau bantuan dalam bentuk kewangan boleh dimasukkan ke dalam current account bank saya seperti di bawah dan saya akan serahkan terus kepadanya.

Daisakusen Enterprise
8603128863
CIMB Islamic

Jasa baik Tuan Puan yang memudahkan urusan dan meringankan keluarga adik ipar saya, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih bagi mereka yang sudi membantu.

Comments