Mula Bisnes Asbab Jutawan Butik



Aku pergi Tabung Haji korek semua simpanan untuk mulakan bisnes.

Harap aku dapatlah beli rumah cash 70k-80k dengan bisnes aku nanti seperti saranan jutawan butik tempoh hari.

Beberapa hari kemudian, aku pergi buat research business. Terjumpalah aku dengan Happy Bunch.

Kompeni ni jual bunga online je. Satu jambangan bunga harga RM45. Satu hari jumlah delivery 400.

Mari kita buat kira-kira.

Sales satu hari dah RM18,000.
Sebulan dah RM540,000.
Setahun RM6 juta.

Dalam sebulan dah boleh dapat dah sebiji rumah.

Setahun dah berapa biji rumah kan?

Tapi hatiku keras, tak sanggup dipanggil mat bunga oleh kau. Terus aku kensel nak buat bisnes bunga.

Comments