Jilat Stereng Kalau Nak Kereta Idaman

Pernah kenalan aku kongsikan, beliau belajar dengan seorang guru atau pada tribe mereka dipanggil sifu, mentor, doctor (ah kantoi dah).
Katanya, kalau ingin memiliki kereta impian mewah, contohnya Alphard, Lamborghini, Ferrari bagai, kau kena pergi showroom kereta tu, duduk dekat seat pemandu, pegang stereng kereta tersebut.
Ini tips paling penting untuk pastikan impian memiliki kereta kau tu akan tercapai.
Kau kena jilat stereng tu, baru feel.

Itu kata guru dialah. Aku iyakan saja sebab impian aku bukan kereta macam dia.
Aku idamkan camper van seperti dalam gambar. Kau tolong tujukan aku ke showroom dia sikit.
Nanti bukan takat stereng, silap-silap dashboard, cermin sisi dan alternator dia aku jilat sebab nak sangat camper van ni.


Comments