Original Cake Gila Tawar!

Aku diberi peluang merasa kek viral Original Cake. Kali ni dia orang launch perisa baru, durian weh!
Macam padu kan? Aku boleh bayangkan lagi sebelum pergi food review, durian tu macam meleleh je dekat tengah kek.

Original cake


Sebelum tu, banyak dah komen dekat dunia netizen ni katakan Original Cake rasanya tawar. Jadi, berpeluang pergi ni, kita try lah.

Pada hari dijanjikan, dapatlah aku tengok bagaimana penyediaan kek viral ni. Bahan dia mudah je, tepung, telur, gula, cream cheese. Adun lepas tu bakar.

Original cake


90 minit masa untuk melihat perlawanan bola sepak diperlukan sementara menunggu kek siap. Ya, aku kena tunggu 90 minit sebab kedai tak sediakan awal. Entah apa-apa.

Original cake


Memang seperti gambaran di internet, rupanya sangat gebu. Nampak menarik sangat untuk dicuba. Seperti dalam bayangan aku sebelum ini, durian dia meleleh beb! Terliur jugalah nak rasa.

Tibalah sekotak ditangan, aku buka kotak itu, maka keluarlah haruman durian yang padu. Dicuitnya jari aku sedikit untuk merasa kek ini.

Original cake


Hampa menanti hiba.

Gila tawar weh!

Kau macam makan span.

Dia boleh dimakan, tapi kau macam makan angin. Rasa tak ada.

Cuit pula dengan durian.

Memang ada berasa durian tu. Tapi, campur dengan kek. Kau akan rasa kek tu kacau gila dalam lidah. Lebih baik makan durian terus.

Original cake

Original cake

Original cake


Maka, aku isytiharkan, janganlah kau percaya sangat weh dengan perkara viral. Tapi, jangan pula kau menerima bulat-bulat tanpa usul periksa.

Aku rasa dan periksa dulu, barulah komen. Bijakkan?

Original cake


Tak faham betul aku macam mana orang Taiwan ke Hong Kong ke boleh suka dengan resepi tawar macam ni sampai terkenal sangat di sana.

Comments