Review McDonald's Thai Fish Burger. Pedas Ya Amat!

Aku baru lepas try burger ikan thai McDonald's tadi.
.
Saranan aku, kau perlu sediakan air secukupnya demi menampung rasa pedas ya amat ditambah pula dengan hirisan bawang bersepah warna ungu ditabur di atas kepingan ikan fillet dia.
.
Isipadu ikan agak tebal dan dari segi tahap kekenyangan, kau akan berasa cukup dengan ketebalan isi ikan yang diberi.
.
Cuma, fillet ikan ni isinya kosong bang. Yelah, isi ikan kau nak berasa macam mana kan?
.
Kalau nak tambah padu sikit, mungkin kau perlu cicah sedikit sos tak kira tomato ataupun cili bagi menaikkan rasa kunyahan ikan.
.
Jadi, kalau kau teringin nak drive thru McD, sediakan air mineral dalam kereta kalau kau beli ala carte menu ni. . Aku malas nak ambil set sebab ada air bergas.
.
Yelah, nak sihat kan kena kurangkan minuman manis dan berkarbonat. Makan burger McD tak jadi isu, kan?

Comments