Lelaki Ini Berasa Pelik Bila Tak Kena Upsell

Aku pernah cerita kisah upsell kedai mamak pada post ini. Kali ini, aku ke kedai mamak lagi untuk memenuhi impian anak ingin menikmati nasi lemak.

Hujung minggu tahun 2017 aku penuh berada di luar kerana hantar wife aku ke kelas bakery di PJ Skills, Kelana Jaya. Dekat je dengan Paradigm Mall. Tapi dari Cheras, boleh tahan jauh la kan.

Bila dah hantar wife aku, tinggallah aku berdua dengan anak aku. Tengok keadaan betapa lama wife aku berada di kelas, aku akan buat keputusan sama ada nak pulang semula ke rumah atau berlegar-legar di jalanan.

Sejak aku tahu anak aku boleh memanfaatkan masanya bermain di Perpusatakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, aku kerap juga ke sana kalau masa kelas wife aku pendek. Malaslah nak balik Cheras semula.

Di sana, anak aku dihidangkan dengan pelbagai aktiviti inisiatif Zon Kreatif Perpustakaan Raja Tun Uda antara salah satunya sudah pastilah aktiviti membaca kan, dah namanya perpustakaan. Kau expect apa?

Antara aktiviti lain yang menarik pada waktu pagi ialah senaman dan tarian yang ditunjukkan oleh instructor yang mesra kanak-kanak. Di sinilah aku dan anak aku tahu lagu Baby Shark. Sampai hafal aku dibuatnya.

Bila dah lama adalah dalam 2 jam di perpustakaan, anak aku pun mula lapar. Sekarang dia pandai order makan, dan makanan yang dia sering sebut ialah nasi lemak. Keluarlah aku dari perpustakaan mencari nasi lemak di kedai mamak.

Kali ini aku singgah di kedai mamak Al-Rafi Bistro. Dekat jugalah dari perpustakaan ni. Tujuan mencari nasi lemak pun selesai. Tak seperti kebiasaan kedai mamak aku singgah seperti di post ini, agak rare bila aku tidak diupsell apa-apa oleh mamak ni.

Aku order Milo ais dan nasi lemak biasa. Done!

Selalunya bila aku order begini, pasti akan datang counter offer, "Ayam goreng mau?". Kalau dia sebut, pasti aku kena close sebab tempting kot.

Namun, tidak di sini.

Itulah dah biasa sangat hidup dengan dunia orang-orang bisnes. Sampai pasal upsell pun dah lali. Bila tak kena upsell, rasa awkward sungguh.

Comments