Boost Juice Bars Beri Minuman Percuma Kepada Nama Kau

Aku pernah pesan, nak letak nama anak tu, letaklah nama yang mudah disebut, mudah difahami, bahkan mudah diguna pakai untuk apa jua keadaan pada masa anak itu membesar.

Kau tengok punya power mak ayah aku bagi nama yang membawa maksud 'kefahamanku' ini.

Semalam, dengan hanya menggunakan nama, aku telah berpeluang menikmati air free daripada Boost Juice Bars Malaysia.

Satu kempen marketing dan inisiatif yang menarik aku rasa dibawakan oleh Boost Juice Bars apabila mengadakan pemberian percuma namun dalam pada masa yang sama membawa pelanggan untuk setia bersama mereka.

Kau pun boleh join untuk turut serta bersama mencuba untuk menikmati air yang sedap amat dari Boost Juice Bars secara percuma juga. Caranya ialah dengan mengisi nama kau di dalam web khas mereka berkenaan kempen ini di link ini.

Ikutkan semalamlah pertama kali aku mencuba air daripada Boost Juice Bars sebab itupun aku dapat tahu dari kenalan tentang kempen mereka ini. Kalau tidak, memang aku tak akan cuba punya minum air buah campur-campur ini.

Menu yang disediakan amat menarik. Bahkan kau boleh buat air custom khas untuk cita rasa kau.

Letaklah lagi nama anak, Irdina Batrisya lah, Ezekiel Farriez lah. Sampai ke sudah tak dapat air free ni aku rasa. Em.

boost juice bars

boost juice bars

Comments