Kingsman: The Golden Circle Sarat Dengan Aksi Yang Padu

Kalau kau belum pernah menonton filem Kingsman yang pertama, aku cadangkan kau cari DVD asli hari ni juga untuk faham jalan cerita dia dari awal.

Dapatkan DVD asli tu cadangan aku je lah. Kalau kau download torrent juga, maka aku sudah berlepas tangan.

Kenapa kau kena tengok Kingsman yang pertama? Sebab kau susah nak faham struktur sebenar pertubuhan Kingsman tu sendiri nanti. Malahan, ada watak yang dimatikan pada Kingsman yang bakal buat kemunculan semula pada filem kedua ini.

Taron Egerton melakonkan watak Eggsy bakal menguasai keseluruhan jalan cerita Kingsman kali ini. Storyline filem ini bermula apabila hadirnya satu agensi underground yang berjaya memusnahkan pakatan Kingsman.

Agensi jahat ini merupakan pemain industri dadah dan ganja di mana mereka telah menguasai perniagaan ini di seluruh dunia. Watak jahat yang psycho namun masih bersahaja ini dilakonkan oleh Julianne Moore yang memegang watak Poppy.

Akibat daripada kemusnahan Kingsman, Eggsy dan Merlin meminta bantuan sekutu mereka di Amerika Syarikat, Statesman. Daripada sini mereka bersekutu untuk menjatuhkan kegilaan Poppy.

Jalan cerita dia memang mudah faham, cuma kau kena tengok filem yang pertama dahulu. Bila part aksi gaduh-gaduh tu, aku memang suka dengan cara Hollywood garap dia dalam satu bentuk yang baru. Aksi dalam slow-motion, disertakan dengan alunan muzik yang mantap menjadikan babak pertarungan nampak padu sangat. 



Kalau kau nak tahu, dia punya gaduh memang ganas dan brutal. Namun, bila adanya elemen tambahan aku cerita di atas, memang kau akan rasa terpegun nanti.

Filem Kingsman kedua ini akan ditayangkan bermula 21 September 2017. Dari segi rating, aku memang bagi 9/10. Kau wajib tonton baru kau tahu seronoknya aku melayan filem ini.

kingsman the golden circle

Comments