Kalau Aku Berniaga, Kau Bagi Bunga?

Terlintas di wall Facebook aku, perkongsian daripada sahabat Facebook berkenaan tentang pembukaan sebuah kedai baru di kawasannya dan kedai itu dimiliki oleh kaum Cina. Diketika majlis pembukaan itu, ternampak banyak kalungan bunga dan hadiah berada di hadapan kedai baru tersebut.

Begitu juga dengan keadaan kedai mamak berhampiran rumah aku yang baru dibuka. Kalungan bunga dan hadiah memang tampak banyak kelihatan di sekeliling kedai. Memang menarik sungguh sambutan dan keraian daripada sahabat handai peniaga-peniaga ini yang sentiasa menyokong perniagaan mereka.

Adakah kau nampak situasi sama berlaku terhadap kedai yang dimiliki oleh orang Melayu?

Benda yang bakal terlintas di kepala biasanya:

"Boleh bertahan ke kedai ni?"

"Alah, kejap je ni. Tak lama lagi tutuplah"

Kenapa kita tidak menyokong perniagaan orang Melayu kita sendiri?

Tidak perlulah untuk kita menghadiahkan jambangan bunga yang mekar di sekeliling kedai demi menunjukkan sokongan. Cukuplah dengan memberi persepsi positif atau pun, singgahlah ke kedai yang dibuka itu.

Kita perlu pastikan kedai yang dimiliki orang Melayu kekal relevan dalam pasaran. Haraplah ia kekal lama dalam dunia perniagaan.

Elakkan sifat hasad dengki.

kedai baru

Comments