Sukan SEA KL2017. Malaysia Menang Tapi Kalah.

Tahniah kontinjen Malaysia dalam sukan SEA KL2017 yang berakhir pada hari ini apabila berjaya melepasi target untuk mencapai emas sebanyak 111 pingat. Sehingga ke hari ini, Malaysia telah berjaya memperoleh lebih daripada 140 pingat emas. Suatu keputusan yang sangat membanggakan.

Secara keseluruhan, Malaysia berjaya memenangi pertandingan berprestij di rantau Asia Tenggara ini. Sebagai tuan rumah, berkemungkinan juga sukan-sukan yang bersifat subjektif tampak menyebelahi pasukan Malaysia.

Bukan menidakkan kebolehan sendiri atlet negara. Namun, diperhatikan juga sepanjang kejohanan sukan SEA sebelum-sebelum ini, sukan-sukan subjektif banyak dimenangi oleh pihak tuan rumah. Malahan, tuan rumah hanya mengeluarkan sukan-sukan yang mereka mampu menang sahaja.

Cuma kali ini, dikhabarkan juri-juri jauh lebih luar dari rantau Asia Tenggara dipanggil sebagai hakim untuk sukan-sukan subjektif. Ini membolehkan keputusan yang lebih telus dapat dihasilkan.

Walaupun Malaysia menang, aku masih tak berpuas hati dengan sukan-sukan dominan rakyat Malaysia tidak menghadiahkan pingat emas.

Acara yang pasti aku bengang sudah tentu bola sepak. Sakit hati betul cara permainan pasukan Malaysia. Kesilapan penjaga gol memang sudah takdir, namun usaha dari pasukan penyerang langsung tak ada. Bila pemain tengah passing bola meliar, cuba gelecek dan pegang bola lama tanpa passing kepada rakan dan buat ambitious shooting yang entah apa-apa. Dari awal sukan SEA KL2017 aku perhatikan kelemahan ni.

Seterusnya badminton. Habis Lee Chong Wei, habis semua. Langsung tak ada pelapis. Pelapis yang ada langsung tak mampu bersaing. Ini baru peringkat Asia Tenggara dah tewas. Macam mana nak ke peringkat antarabangsa.

Lagi-lagi sepak takraw. Tak habis-habis tewas kepada Thailand. Sukan rakyat kita dimonopoli pasukan luar. Eh, Korea pun dah hebatlah main sukan ni. Tara mana je sukan sepak takraw di Malaysia sekarang?

Aku memang akan komplen. Salah satu sebab ialah aku bukan berbakat untuk main sukan begini. Aku juga tak ada masa nak menyumbang kepada sukan negara. Namun, aku bayar cukai supaya kerajaan dapat sumbangkan bajet kepada fasiliti sukan Malaysia. Dan aku sebagai peminat sukan, tentulah ada hak mengkritik.

Jadi, berubahlah atlet Malaysia.


Comments