Fasiliti Hebat, Tiket Online Tak Dapat

Semalam 28 Ogos 2017, Azizul Hasni Awang The Pocket Rocketman berjaya menyelesaikan target emas Malaysia yang ke 111. Tahniah semua atlet yang bertanding dalam SEA Games KL2017.

Fasiliti sukan Malaysia semakin hebat. Ke arah tahun 2020, teknologi digital juga semakin pesat. Dahulunya orang ramai hanya membeli di pusat beli belah, kini semuanya dihujung jari.

E-dagang juga semakin membesar di negara kita. Antara player besar dalam industri ini tentulah Lazada. Diikuti dengan beberapa jenama lain seperti Zalora, Mudah, Shoppee, Carousell dan lain-lain. Payment gateway yang baik juga antara penyumbang kepesatan ekonomi digital Malaysia.

Namun, kecewa sekali. Tiada pembelian tiket secara online untuk perlawanan akhir bola sepak penentuan pingat emas antara Malaysia dan Thailand. Alasan yang diberikan oleh YB Khairy Jamaluddin ialah provider payment gateway tak mampu untuk cover trafik yang sangat tinggi untuk pembelian tiket final nanti.

Ya aku faham memang trafik akan jadi sangat tinggi mencanak bila pada waktu puncak begini. Bila trafik tinggi, server pasti jammed. Glitch pasti terjadi.

Tapi, aku tak kisah sebab ini adalah di bawah pentadbiran kerajaan. Ke mana duit semua itu pergi demi menaiktaraf server tiket online di Malaysia. Spend la duit sikit ke arah inisiatif ini.

Gila kesian aku tengok rakyat beratur panjang demi menyokong pasukan Malaysia. Kau suruh kita orang pergi support Malaysia tapi kau nak kita orang bersusah. Begitu?


Comments