Betul Fresh Juiceco Ni

Juiceco merupakan brand minuman jus antarabangsa yang baru dibuka di Malaysia. Kalau kau tahu tentang Chatime ke Tealive, brand ni fokus kepada bubble tea atau teh yang ada jeli bola tu. Juiceco ni pula memang mensasarkan minuman jus berasaskan buah segar.

Aku pernah pergi opening dia awal bulan Julai 2017 di mana perasmiannya dilancarkan oleh Kareena Kapoor. Bukan main kau dia punya duta. Artis Bollywood terus.

Outlet pertama Juiceco ni berada di Jalan Telawi, Bangsar berdepan dengan kedai mamak. Dah kedai duduk area situ, kau rasa berapa dia teran harga? Mestilah harga premium standard Starbucks.

Istimewanya, memang semua menu dia gunakan bahan mentah fresh terdiri daripada buah-buahan. Adalah beberapa menu dia buat fussion campur dengan coklat macam Oreo ke Snickers ke. Kalau makanan pulak dia terdiri daripada salad-salad je. Kau nak makan berat, boleh singgah mamak seberang jalan.

Antara menu yang pernah aku cuba ialah Jamaica, Banana Ice Cream, Avocado Ice Cream dan Falooda. Dia guna buah fresh tau, jadi kau jangan expect rasa dia macam mango shake tepi jalan kau selalu minum. Memang manis buah je kau dapat dengan Juiceco ni. Oklah untuk orang yang nak berasa sihat.

Kalau kau nak tahu lebih lanjut tentang Juiceco ni, pergi singgah Facebook Page dia kat sini.




Comments