Arsenal, Kau Tak Serik Lagi?

Semalam, 27 Ogos 2017 aku tonton perlawanan EPL antara Liverpool dan Arsenal. Game besar ni, rugi rasanya tak tengok live.

Mudah cerita, Arsenal kalah. 4 - 0 bang. Bukan sikit punya margin.

Line up Arsenal aku tak faham betul gaya Arsene Wenger ni. Kau tengah game besar, main striker Giroud dan Lacazatte kau pergi simpan buat apa?

Tahniah kepada Liverpool yang pandai kucar kacirkan pertahanan Arsenal yang main entah apa-apa. Dah la guna 3 defensive line.

Kisah dia macam ni bang. Biar aku kongsikan.

Aku penyokong tegar Manchester United. Selepas Sir Alex Ferguson, penggantinya ialah David Moyes. Performance tak boleh pergi, 10 bulan saja bertahan.

Real Madrid. Rafael Benitez handle team ni pun tak sampai setahun. Tukar ke Zinedine Zidane.

Chelsea. Selepas Carlo Ancelotti, bertukar ke AndrĂ© Villas-Boas, tak sempat sambut ulang tahun pertama, bertukar ke Roberto Di Matteo. Hampeh. Tak jadi apa. Tukar ke Rafael Benitez untuk short term. Kemudian baru masuk Jose Maurinho.

Arsenal dengan Arsene Wenger dari 1996 bang. Last juara EPL tahun 2004. Ni dah 2017 dah. Kau tak serik lagi?


Comments