Aku Yakin Dengan Thanabalan

Malaysia layak ke pusingan akhir sukan SEA dalam pertandingan bola sepak yang diperkatakan ibu segala pingat emas tu.

Perlawanan sengit dengan pihak Indonesia menunjukkan perlawanan kedua pihak agak seimbang.

Tapi aku rasa game play Indonesia lebih terurus dengan kawalan bola dan hantaran secara teratur.

Tim Malaysia pula selalu buat long pass dan game play yang berterabur.

Aku perati cara Malaysia main dari awal dan memang banyak hantaran sia-sia dilakukan.

Tapi aku tetap optimis Thanabalan perform lagi malam ni dan impian aku tercapai bila dia berjaya menjaringkan gol dari set piece tendangan sudut.

Lepas ni final bakal bertemu Thailand. Tim yang sentiasa konsisten dengan bola sepak antarabangsa.

Diharap, anak buah Ong Kim Swee kekal fokus dan berikan kejayaan emas kepada negara dalam Sukan SEA KL 2017 ini

Comments