Tangki Minyak Kereta Kau Ada Belah Mana?

Untuk abang-abang, adik kakak yang keliru tangki minyak kereta berada di sebelah kiri ke, sebelah kanan ke, mari sini aku tunjukkan.

Yelah, kadang-kadang pada satu tahap, kau akan bingung ayam tiba-tiba tangki minyak kereta kau ada belah mana bila sampai stesen minyak walaupun dah lama bawak kereta. Dah kalut nak park sebelah kiri ke, sebelah kanan ke.

Tips mudahnya ialah kau tengok indicator minyak dalam display dashboard kereta tu. Kalau perasan, akan ada tanda anak panah (berbentuk segitiga lah tapi) yang menunjukkan ke kanan atau ke kiri.

Kalau penandanya belah kanan, maka tangki minyak kereta kau ada di sebelah kanan. Begitu jugalah bila tandanya di sebelah kiri.

Mudah bukan?

Jadi, hari ni aku dah selesaikan tiga masalah kau.

Pertama, aku berjaya hapuskan bingung ayam kepala kau ketika tak tahu tangki minyak kereta kau ada di belah mana.

Kedua, kau dah tak perlulah nak menarik hos pam minyak merentas kereta kau bagai nak rak. Melainkan stesen minyak dah full dan kau nak cepat tu dah lain cerita lah.

Ketiga, aku bagi tips ni free je. Kau dah tak perlu beli ebook yang bakal ada di pasaran tentang tips tahu belah mana tangki minyak kereta kau berada. Kan dah jimat sebanyak RM100.

Berguna kan?

Post ini ditaja oleh Shell. Moga dapat minyak free setahun.

Comments