Raya Ketujuh Bersama Transformers

Seminggu raya dah ni. Kau tengah pergi open house ke tu?

Aku dah ke shopping mall siap layan Transformers baru lagi.

Yelah, time raya lah sempat pergi. Masa puasa mana nak kejar dunia semua ni.

Layanlah juga 2 jam lebih tonton movie ni. Bergaduh mata nak tengok robot CGI ni bertumbuk, tanggal semua komponen bagai.

Sekali jalan cerita dia twist habis daripada episod 2. Geram betul aku bila storyline dia ubah kaw-kaw. Plot cerita jump sana sini.

Kalau rating omputih pakai Rotten Tomatoes, aku pakai Pisang Busuk. 1 daripada 5 pisang busuk je aku bagi.

Jadi, kalau kau betul berminat nak tonton movie ni, aku cadangkan kau tunggu lagi 3-5 tahun. Tunggu time raya macam ni. Pasti kau dapat tonton secara percuma di stesen televisyen nasional.

Time kau tengok nanti pun pasti kau rasa geram je dengan Michael Bay ni.

Comments


  1. Do you have a spam issue on this website; I also am a blogger, and I was curious about your situation; we have developed some nice procedures and we are looking to trade techniques with others, why not shoot me an e-mail if interested. itunes login

    ReplyDelete

Post a Comment