KFC Zinger Burger Double Down Review

KFC keluar lagi menu baru untuk tempoh waktu terhad. Kali ini dia orang ketengahkan menu Zinger Burger Double Down.

Nampak macam menu baru, tapi sebenarnya dah berapa kali KFC pusing menu ni. Tujuannya sudah tentu untuk marketing dan mengekalkan kedatangan pelanggan ke premis dia orang.

Marketing is a marathon, memang long shot untuk sukses dan franchise makanan segera ni dah faham sangat behaviour pembeli.

Aku pun tertarik untuk merasa menu baru ni. Harga ala carte bawah RM10 tak ingat exact price.
Kau akan dapat seketul burger dibalut kertas dimasukkan dalam kotak burger.

Burger kali ni dia tak pakai roti. Dia hanya pakai lapisan daging Zinger untuk kapit di atas dan di bawah burger. Inti dia pulak ada kepingan ayam nipis, keju dan ditambah mayonis dan sos keju.
Kalau kau biasa makan Zinger, ayam yang dia pakai memang jenis spicy. Jadi kau akan rasa pedas juga lah masa gigit burger tu.

Rupa dia macam biasa tak semenggah marketing di media. Fail betul. Tapi rasa boleh tahan.
Aku ada buat video acah-acah review bawah ni. Kau ada free nanti, try la tengok ye.



Jangan lupa untuk cuba sendiri burger KFC ni. Kau roger aku kalau ada tambahan point yang perlu diletakkan dalam post ni.

Comments