Ada Kopi Sedap, Bukan Bermakna Kau Boleh Tahan Mengantuk


Tiap kali drive jauh, terutamanya perjalanan pergi balik ke kampung, aku pasti mengantuk.

Mengantuk yang amat sangat.

Entah kenapa, aku memang susah nak kekal segar drive sepanjang KL - Batu Pahat. Pertengahan jalan pasti aku akan mengantuk. Sebelum mengantuk tu, menguap banyak kali itu pasti.

Dalam 30 minit perjalanan tu, aku selalunya akan stop sebentar di area RnR Ayer Keroh, Senawang, Seremban. Hanya untuk nak lepaskan mengantuk.

Antara solusi yang aku buat adalah dengan consume kopi dalam tin. Banyak jenama yang aku dah cuba dan antara yang biasa aku ambil adalah Wonda Coffee. Rasanya boleh tahan sedap sebab aku dah biasa ambil Wonda Coffee sejak dari Jepun lagi.

Logik biasa, apabila minum kopi, disebabkan kandungan caffein yang tinggi di dalamnya boleh menyebabkan kita rasa hilang mengantuk.

Namun, logik itu meleset sekali sebab minumlah macam mana pun, aku tetap rasa mengantuk juga. Angkatlah kopi tin daripada Alicafe sekali pun. Walaupun jadi gagah, tetap mengantuk juga.

Aku rasa sebab kandungan gula yang ada dalam kopi ni menjadikan aku tak hilang ngantuk sebab gula tu langsung tak terbakar menjadi tenaga. Yelah, kau hanya duduk sambil pegang stereng dan tekan pedal minyak je kan, manalah nak bakar gulanya.

Solusi yang paling baik aku rasa buat masa ini bila mengantuk ni ialah tidur.

Ya, tidur je.

Bila tidur pasti rasa selesa nak drive semula. Mengantuk kau pun dah hilang. Dapat rehat 15 minit pun sedap dah.

Jadi, kau janganlah ingat minum kopi tu penyelesaian masalah mengantuk semata. Ubat mengantuk adalah tidur je bang.

Comments