Teknik Khatam Mudah Untuk Sebulan

Pada bulan Ramadan ni, kita disarankan untuk memperbanyakkan amal ibadat kerana Allah menjanjikan pahala berlipat kali ganda kepada hambanya khas pada bulan ini.

Antara amalan yang boleh kita lakukan pada bulan ini adalah seperti membaca Al-Quran.

Aku nak share sikitlah tentang teknik mudah untuk khatam Al-Quran pada post kali ini.

Mushaf Uthmani mempunyai 30 juzuk. Untuk pengetahuan kau, setiap juzuk ni pula telah dipermudahkan kepada 10 helai ataupun 20 muka surat.

Ingat ni.

1 juzuk = 20 muka surat.

Solat fardu ada 5 waktu.

Jadi kau buat kira-kira macam ni.

20 muka surat ÷ 5 waktu solat

Maka kau akan dapat 4 muka surat untuk setiap waktu solat.

Daripada sini nampaklah ringan sikit untuk kau cuba khatam Al-Quran. Kalau aku cerita 1 hari kena habiskan 1 juzuk kan bunyinya macam banyak.

Kalau 4 muka surat ni pulak bergantung pada speed bacaan kaulah. Biasanya kita dapat selesaikan bacaan 4 muka surat kurang daripada 10 minit.

Yang penting, tajwid dan makhraj sebutan tu kena betul.

Kau tala baca nanti dah jadi salah pulak kan?

Mari kita khatam Al-Quran ye.

Comments