Tak Sempat Tukar Duit Raya? Ini Cara Aku Buat

Dah hujung Ramadan tinggal beberapa hari nak raya. Kau mesti kalut teringat anak sedara jiran tetangga masa raya nanti nak bagi duit raya dekat dia orang kan?

Entah celah mana budaya memberi duit raya ni datang dalam masyarakat Melayu tu aku malas pulaklah nak Google. Yang eloknya memberi masa Ramadan ni, pahala berlipat kali ganda.

Tak salah pun beri, maka ia jadilah hadiah kepada penerima tu. Cuma janganlah pulak kau rasa tidak memberi itu pula perbuatan yang kedekut ataupun sengkek. Rilek sudahlah.
.
.
.
Jadi disebabkan budaya memberi duit raya ni dah meresap dalam jiwa Melayu, perkara biasa bila tiba nak dekat raya ni ialah proses menukar duit dalam poket menjadi pecahan lebih kecil.

Pecahan lebih kecil ni bergantung kepada kau lah. Kalau pecah pun masih keluar note RM100, mari sini PM projek tepi.

Maka, institusi kewangan seperti bank pun dah faham tentang adat ini, dibuka peluang untuk membuat tukaran duit baru di premis mereka.

Berebutlah orang-orang pejabat ke kaunter bank masa ni. Sampai ambil nombor beratur panjang. Diberi juga kuota had tukaran, takut dibolot seorang pula.
.
.
.
Timbullah masalah pula bila kau terlambat ke bank untuk buat tukaran duit raya. Bila kau berkesempatan nak pergi, duit kecil di bank telah pun habis.

Kau pergi bank sana, pergi bank sini. Tak ada satu pun bank yang memiliki duit pecah lagi.

Kau pun down, give up nak bagi duit raya.

Sepanjang raya kau mogok tak nak beraya sebab tak dapat berikan duit raya kepada si anak kecil.

Ok, aku mengarut je. Cuma part duit pecah dah habis tu cerita real.
.
.
.
Kini, kau jangan bimbang. Biar aku kongsikan tips tukar duit raya RECYCLE.

Ya, recycle.

Kalau kau berharap nak duit baru, memang bank je sediakan. So, kau boleh stop bacaan sampai sini.
.
.
.
Caranya ialah, kau pergi ke kawasan kejiranan kau yang ada deretan kedai.

Kata kunci dia ialah TANYA.

"Bang, boleh tukar duit tak?"

Tanya jelah, bukan susah pun. Paling teruk pun dia kata tak boleh, kau pergi kedai lain pulak.

Cuma kena berstrategi lah nak tukar duit ni. Kau kena ingat, kedai pun perlukan duit kecil buat niaga.

Contohlah kau nak tukar RM200 kepada RM1 sebanyak 200 keping. Janganlah terus tukar semua nilai duit kau tu.

Tukar sedikit demi sedikit.

Kalau RM50, mintaklah tukar RM10 dulu.

Kalau RM10 baru sesuai tukar RM1.

Kau kena masuk banyak kedai dan ulang proses ni sampai kau puas hati. Lama-lama dapatlah kau tukar duit tu.

Aku dah buat pun benda ni. Sebab bank dah lah open tukaran duit ada tempoh masa dan dah nak hujung puasa sangat. Manalah sempat nak pergi tukar. Sibuk dengan duniawi.

Tips ni senang je pun. Aku rasa belum ada mana-mana sifu ajar ni. Tinggal kau tak terfikir je cara nak buatnya. Atau, kau malas nak tambah usaha buat benda ni.

Kalau malas juga, tak boleh nak kata apalah. Silalah down dari beraya tahun ni.

Comments