Masjid Ini Hidangkan McD Untuk Moreh. Masjid Tempat Kau Ada Moreh Tak?

Disclaimer, headline tu agak click bait sikit la.

Bukan nak membuat perbandingan masjid ni ada moreh, masjid tu tak ada moreh.

Jauh sekali untuk riak. Nauzubillah.

Tapi aku pasti puak yang baca headline je terus buat conclusion ni pasti kecam aku.

Yelah, gopoh sangat nak share berita sensasi tanpa tahu konteks sebenar yang penulis ingin sampaikan.
.
.
.
Jadi aku nak berkongsi dengan kau orang semua tentang jamuan moreh di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras ni.
.
.
Bandar Tun Hussein Onn ni bagi aku kategori dia sama macam Bangi. Penduduknya agak high end. Semua kelengkapan ada.

Jikalau tibanya bulan puasa ni, jamuan berbuka, sahur, moreh pasti cepat penuh korum. Betapa ramainya yang ingin menyumbang pada bulan baik ni.

Antara item yang aku rasa unik di masjid ini adalah sumbangan makanan daripada McDonald's ketika selesai solat terawih.

Suasana ni aku tak akan dapat jumpa di kampung aku, Batu Pahat. Sebab tu aku rasa unik.

Tak silap dah 2 tahun McD sumbangkan jamuan di sini.

Salah satu sebabnya sumbangan ini disediakan tentulah berkait rapat dengan marketing.

Yelah kau pun tahu kan yang McD kena kecaman kuat apabila dikaitkan dengan sumbangan ke yahudi dan mengakibatkan pertumpahan darah kepada umat Islam sejagat.

Jadi, ini antara inisiatif yang McD lakukan untuk menaikkan kredibiliti mereka kembali.

Aku?

Makanan tu halal bang. Free pulak tu. Kita makan jelah. Apa lagi kau nak?

Moga penyumbang kepada masjid ini dilimpahkan rezeki yang banyak.

Bolehlah aku rasa lagi, ye tak?

Comments