Mahalnya Nak Dapatkan Pelanggan Pertama

Kos awalan yang agak mahal ketika memulakan bisnes ialah kos mendapatkan pelanggan baru.

Iyelah, pelanggan baru tak kenal dengan kita lagi. Tiada apa transaksi berlaku antara kita dan ia menyebabkan kurangnya percaya pelanggan baru pada kita.

Antara cara untuk jadikan pelanggan kenal dan familiar dengan kita ialah dengan 'menegur' pelanggan. Buatkan pelanggan sedar kita ada di sekeliling dia.

Contoh menegur ialah dengan menunjukkan iklan perniagaan kita kepada pelanggan tiap-tiap hari.

Sebagai contoh lagi, perniagaan gerai tepi jalan, disyorkan untuk memasang banner supaya orang yang lalu lalang di hadapan kita tahu akan wujudnya kita.

Bayangkan kos minyak kita untuk ke gerai setiap hari RM10. Untuk seorang pelanggan baru berhenti ke kedai ini mengambil masa contohnya 3 hari.

Kos untuk mendapatkan seorang pelanggan sudah jadi RM30.

Kan mahal tu?

Comments