Kurma Calit Butter Asli. Juadah Berbuka Baru Yang Awesome!

Marhaban Ya Ramadhan!

Bila dah masuk bulan puasa ni, ramailah yang mula pening dengan hidangan berbuka apa nak makan nanti.

Aku pun sama.

Dijadikan cerita, aku terbaca satu post di Facebook oleh Abu Mu'aaz Munir Azizan.

Tentang kifayat dan resipi berbuka nabi dengan menggunakan kurma dan mentega asli.

Eh, memang boleh tahan virallah menu dia ni sebab pertamanya, ia mudah dibuat.

Yang kedua, ha ni yang aku nak cerita. Rasanya Ya Rabbi amatlah sedap. Dah nak dekat 30 tahun umur aku baru tahu ada resipi semudah dan sesedap ini.

Jadi mari sini aku kongsikan resipi dia.

Kurma featuring Mentega

Nota: Abaikan gambar lain selain kurma. Maklumlah dah lapar, shoot terus je.

1. Ambil sebiji kurma




2. Belah tengah dan buangkan bijinya.



Ini rupa kurma yang dah dibuang isi

3. Sapukan dengan mentega dan makan.


Nota: Aku guna mentega asli Emborg Salted, harga dalam RM9




Rasanya Ya ampun, punyalah sedap. First time cuba hidangan macam ni. 

Kau kena pilih kurma yang kering sikit, bukan yang lembut tu. Yang lembut tu namanya rutab. Yang kering namanya tamar.

Bila masuk ke mulut dapat rasakan kombinasi antara tamar yang pejal dan mentega yang sejuk mencair dalam mulut. Allahu nikmatnya.

Time sapu mentega tu kau gunalah knife cutlery dari Lazada macam gambar di bawah ni. Ini brand baik dari IKEA tau. 




Kau dah tak perlu berpenat ke IKEA semata nak dapatkan cutlery berkualiti ni. Order je dari Lazada. Lagilah bersempena nak sambut Raya ni, Lazada buat kempen Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang berlangsung pada May 19 to 30 June ni (di mana akan dapat potongan harga sehingga 90% tau!). 

Ha, apa tunggu lagi, cubalah buat resipi simple ya amat ni. Pasti kau teruja punyalah.








Comments