Ramadan Tiba Lagi. OK Kah Aku?

Ahlan wasahlan ya Ramadan.

Alhamdulillah.

Diizinkan Allah sampai juga ke Ramadan tahun ni.

Diizinkan Allah juga aku telah menjadi makmum kepada solat jenazah selepas solat Jumaat.

Tinggal 1 hari lagi nak Ramadan, namun Allah dah ambil dulu nyawa arwah pada hujung Syaaban.

Buktikan bahawa Allah jualah yang maha berkuasa, hidup mati itu ketentuannya.

Insaf sungguh aku hari ni, menangis pun ada. Kalaulah aku yang ditarik dulu nyawa sebelum sampainya Ramadan, pasti sedih ya amat.

Tahun ni tak pastilah berjaya tidak aku lunaskan azam Ramadan lepas iaitu khatam Quran.

Tahun lepas kira masih ada masa pun tak khatam. Tahun ni aku bertambah sibuk, diharap berjaya lepaslah cabaran kali ni.

Takut betul dengan amaran nabi tentang umat yang masuk dalam bulan Ramadan hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

Moga kita sentiasa kuat beribadah.

Comments