Nama Tempat Ini Tak Patut Ada Dekat Sini

Masih fikir kenapa ada lokasi dinamakan Bangsar South.

Situ Kerinchi kot.
.
.
Masih fikir ada lokasi dinamakan KL East.

Situ Gombak kot.
.
.
Masih fikir ada lokasi dinamakan KL South.

Situ Bangi kot.
.
.
Perkara-perkara begini memang akan ditanyakan oleh orang biasa macam aku.

Yelah memang sangat tak logik menamakan kawasan yang pada lokasi asalnya sangat jauh daripada lokasi yang baru ini.

Setelah mendapat pencerahan daripada beberapa pakar dan pelabur hartanah, lokasi tersebut dinamakan sedemikian adalah untuk menaikkan value hartanah lokasi itu.

Walaupun dengan menumpang nama tempat sedia ada dan ditambah sedikit kehipsteran elemen di bahagian hujung namanya, telah memberikan sedikit impresi tinggi kepada jenama-jenama besar melabur di kawasan itu.

Jadi, kalau kau pun merasa nak nama tempat kau glamer, kau letaklah ending Damansara kat belakang alamat rumah kau. Confirm hipster.

Comments