Media Prima Sudah Mula Leverage Konten Sirap Limau

Untuk kau yang tak tahu sangat tentang dunia digital media ni, mari aku kongsikan.

Media Prima, syarikat yang memiliki rangkaian televisyen dan radio seperti TV3, NTV7, 8TV, TV9, Hot FM, Kool FM dan sebagainya telah mengambil alih syarikat digital media Rev Asia.

Di bawah Rev Asia pula ada rangkaian digital media website seperti Says, Oh!Bulan, Klips, 8Share, Sirap Limau, Kongsi Resepi, MyResepi dan sebagainya.

Digital media ni dalam bahasa mudahnya ialah aset media yang menggunakan platform internet. Antara aset-aset yang dimaksudkan ialah seperti website, media sosial, podcasts dan apa sahaja yang memerlukan saluran internet bagi menyampaikan info kepada targeted audience.

Media tradisional sudah dapat melihat perkembangan dengan pesatnya digital media dalam kehidupan seharian akibat daripada lambakan capaian media sosial di internet.

Sehubungan dengan itu mereka mula belajar dan membina aset digital mereka sendiri. Cuma yang agak sedih ialah apabila ada media tradisional tidak mahu move on kepada perkara baru. Mereka masih ingin meneruskan legasi secara printing ataupun dalam bentuk akhbar dan majalah.

Boleh sebenarnya penggunaan kertas sebagai sebaran informasi pada masa kini cuma ianya hanya berkesan kepada golongan di kawasan luar bandar. Untuk mendapat audience daripada kawasan bandar, harus menggunakan platform digital kerana ianya lebih targetted.

Astro telah memulakan langkah pembinaan aset digital dengan membina Rojak Daily. Billboard Rojak Daily boleh dilihat di Lebuhraya Persekutuan.

Media Prima telah membina Gua.com dan Tonton lebih awal, cuma pada tahap startup pada zaman itu, mereka tidak mampu lagi meneruskannya.

Dengan kemasukan CEO Media Prima Digital yang baru, rangkaian media terbesar di Malaysia ini telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil-alih Rev Asia dengan nilaian RM105 Juta. Satu nombor yang amat besar sekali bagi industri digital media Malaysia.

Yang aku tak tahan tu komen netizen selepas pengambil-alihan ini berlaku. Boleh diorang cakap, "Apalah Media Prima beli FB page Oh!Bulan yang berjuta likers dengan harga RM105 juta".

Kalau kau nak tahu, Media Prima bukan membeli FB page sahaja. Data yang paling Media Prima perlukan ialah unique users pembaca website tu. Semakin besar nombor yang website itu ada, semakin mahal nilainya.

Selepas daripada pengambil-alihan ini, Media Prima dah mula start leverage konten Sirap Limau. Terbaru, Malaysia Hari Ini di TV3 telah menggunakan kaedah mengupas konten viral dalam Sirap Limau.

Aku tengah perhatikan macam mana game Media Prima lepas ni. Silap-silap digital aset yang ada ni dia nak gunapakai  untuk dakyah sekian sekian sekian.

Comments