Maukerja.my Cari Pekerja Ni. Kau Nak Kerja?

Kau pandai menulis?
.
.
Post ini khas ditujukan kepada mereka yang pandai menulis di luar sana.

Time ni lah baru boleh pakai status:

"Hi, Silent Reader!"

Ni tak. Tau lah diri tu sifu. Main letak je status tu acah-acah tarik engagement new audience lettew.
.
.
Aku ada offer ni ha.

Kalau kau berpengalaman menulis lebih 2 tahun dan ada portfolio penulisan yang menggunakan gaya bahasa santai, santai tau, bukan sampah.

Ataupun kau pernah menulis di blog ke, website ke, buku ke, ebook ke, tapi teringin sumber pendapatan yang tetap dan menenangkan hidup, baca ini lebih lanjut.
.
.
Maukerja.my mencari penulis yang boleh menulis dalam Bahasa Malaysia dan kriteria yang aku dah beri di atas tadi bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut untuk maintain blog dia orang.

Office di Bangsar South, waktu kerja 9am - 6pm, EPF Socso dirisau jangan, gaji boleh dinegosiasikan. Urgent katanya.

Jawatan kosong ni aku dapat direct daripada Manager dia sendiri. Memang kalau kau cari kat Maukerja atau Job Street tu sendiri tak akan jumpa punya.

Jika kau berasa minat untuk menyertai mereka, bolehlah pm aku. Atau kau tahu siapa-siapa berminat, bolehlah tag dia orang untuk pm aku.

Kau pm aku tau, bukan kau tala komen pm mintak aku suap lagi. Dahlah tak ada affiliate ID, ikhlas tolong dah ni.

Aku belanja sikit rupa office Maukerja ni. Manalah tahu kalau boleh turun hidayah kat hati kau untuk bersama dia orang dalam office ni ke kan?

Comments