Lazada Buat Contest Untuk Blogger. Hadiah Sehingga RM10,000 Tau!

Kau aktif berblogging? Kalau ya, lagi-lagi di bulan puasa ni, aku cadangkan kau join contest daripada Lazada ni.

Contest dia boleh tahan menarik, dan yang paling best tu ialah jumlah hadiah yang diberikan kepada para pemenang sangat mengasyikkan!

Mari sini aku kongsikan apa syarat-syarat nak join contest Lazada.

Bagaimana untuk join:

1. Pertandingan ini bermula 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 (4 Minggu)

2. Sepanjang 4 minggu pertandingan ini, akan ada topik berbeza setiap minggu. Peserta boleh memilih salah satu dari topik-topik tersebut. Peserta juga boleh menyertai lebih dari sekali.

3. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hendaklah menulis tentang topik yang ditetapkan mengikut tarikh pertandingan tertentu . Peserta hendaklah menjawab soalan-soalan berikut:


Contest minggu pertama:
19 May 2017 – 1 June 2017
Tajuk: Nama Resepi

Tema: Delicious Ramadan
a. Apakah juadah iftar kegemaran anda
b. Kongsikan resepi juadah tersebut
c. Produk bagaimanakah yang anda rasa boleh didapati di platform Lazada bagi menyempurnakan juadah tersebut?

Lihat contoh seperti ini dan ini.


Contest minggu kedua:
2 June 2017 – 8 June 2017
Tajuk: Bebas

Tema: My Ramadan Home
a. Bagaimana anda hiaskan rumah anda demi menyambut hari raya?
b. Kongsikan tips dekorasi hari raya rumah anda.
c. Produk bagaimanakah yang anda rasa boleh didapati di platform Lazada bagi menyempurnakan dekorasi rumah anda?


Contest minggu ketiga:
9 June 2017 – 15 June 2017
Tajuk: Bebas

Tema:  Looking Good & Beautiful
a. Apakah warna tema raya anda?
b. Kongsikan lanjut tentang pakaian raya anda.
c. Pakaian bagaimanakah anda ingin pilih di Lazada?


Contest minggu keempat:
16 June 2017 - 25 June 2017
Tajuk: Bebas

Tema: Travelling Back Home
a. Di mana anda sambut raya tahun ni?
b. Senaraikan barang balik kampung wajib ada anda
c. Produk apa yang anda ingin beli dari Lazada dan bawa balik ke kampung?


3. Artikel mesti mengandungi screenshot produk yang anda sebutkan dalam point 1.c, 2.c, 3.c dan 4.c

4. Peserta di wajibkan mention Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang berlangsung pada May 19 to 30 June (di mana akan dapat potongan harga sehingga 90%!).

5. Peserta diminta menghantar artikel melalui emel ke contest@lazada.com.my dengan tajuk Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

6. Peserta dibenarkan untuk menulis dalam apa bahasa sekalipun.

7. Pemenang akan dipilih secara rawak.

Untuk syarat lebih lanjut boleh dapatkan di sini.

Apa tunggu lagi? Tulislah cepat!



Comments