Kedegilan Mastika Bakal Buatkan Mereka Menjadi Mistik

Kalau kau pernah bersekolah pada era milenial iaitu memasuki tahun 2000 ke atas, berkemungkinan besar kau tahu tentang majalah Mastika ni.

Majalah Mastika ini di bawah Utusan Karya, syarikat yang menerbitkan pelbagai jenis majalah dan bacaan yang bermanfaat untuk semua lapisan umur.

Mastika ini majalah mistik. Kenapa mistik? Sebab konten dia semua cerita tentang mistik. Hantulah, bunianlah, alam kuburlah. Eh, kalau difilemkan majalah mastika ni boleh jadi cerita seram epiklah.

Namun, tidak kesemuanya mengenai Mastika adalah mistik. Majalah ini juga mengetengahkan nilai-nilai positif dan memberi pelajaran kepada pembacanya.

Sehingga kini, majalah ini masih ada di pasaran.

Aku pun baca Mastika ni. Tapi part konten yang menarik jelah. Part cerita meleweh-leweh ni aku malas nak baca. Sebab aku bukan jenis pembaca duk berselak-selak muka surat. Memang konten dia lain dari yang lain.

Tapi, aku berprasangka buruk dengan mengatakan bahawa Mastika bakal menjadi mistik.

Kenapa?

Simple je. Sebab dia orang tak mahu move on.
Tahu majalah Massa?

Majalah ini juga agak popular dikalangan siswazah dahulu kerana menyediakan konten berpendidikan.

Kini, Massa telah tiada.

Atas dasar kemajuan teknologi dan ketidak mahuan pihak penerbitan bertukar ke arah digital, lupusnya majalah yang menjadi tumpuan suatu masa dahulu. 

Begitu juga kisahnya dengan Mastika. Mereka masih menggunakan pendekatan yang sama. 

Tidak salah untuk meneruskan penerbitan melalui penulisan buku. Namun, terang-terangan industri penerbitan buku telah drop sebanyak 50%.

Kalau tidak mahu menggunakan platform digital pun Mastika perlu mencari pendekatan baru bagi memastikan mereka kekal relevan di dalam industri. 

Antara penerbit buku yang aku kagum ialah daripada Mutalib Uthman, Thukul Bersekutu. Purata headline dan konten yang ditawarkan adalah bersifat rebel. 

Namun, yang aku tertariknya ialah dengan menggunakan personal branding. Terbukti dengan online positioning di Facebook, mereka berjaya mendapatkan audience yang lebih targetted. 
Disebabkan aku sayang dengan legend majalah Mastika tu, aku berharap suatu hari nanti mereka dapat menerima kenyatan bahawa pentingnya membawa masuk bisnes model baru bagi mereka kekal di dalam pasaran. 

Comments