Kau Ingat Hari Lahir, Tapi Lupa Renew Lesen Kan?

Menjadi kelaziman bagi orang biasa untuk ingat tarikh lahir dia.

Aku juga begitu.

Menjadi kelaziman juga bagi orang biasa untuk ingat tarikh lahir dia, dalam masa yang sama ingat renew lesen memandu.

Tapi tidak bagi aku.

Berpagian keluar rumah untuk mencari rezeki. Selesai masuk dalam kereta, aku buka dompet. Ternampak lesen memandu, aku keluarkan.

Tarikh akhirnya semalam, pada hari lahir aku.

Punyalah lupa untuk renew lesen sebab sibuk ya amat.

Aku meneruskan perjalanan ke JPJ terdekat iaitu di Bandar Sri Permaisuri yang mengambil masa 15 minit dari rumah. Aku malas nak ke sana sebenarnya sebab penuh sesaknya Ya Rabbi, kau memang confirm bengang menunggulah.

Tapi disebabkan aku ada urusan di sana, ku gagahkan jua melangkah. Dengan keretalah tapi.

Sampai di JPJ, memang aku dah agak situasinya penuh sesak. Menambahkan darah aku naik kepala adalah seperti gambar kau tengok dalam post ni.

Kaunter ada 13. Yang buka 4 kaunter je.

Cegampang.

Kalau kualiti servis kau kena komplen, kau mengaruk pulak di media besar tempat kau berdakyah.

Tapi, kau tengok dan rasalah sendiri.

Patut kena komplen ke tak kualiti servis macam ni?

Comments