Bila Mamak Pandai Upsell

Akibat daripada pertumbuhan dengan pesatnya sifu-sifu bisnes di media sosial, maka mamak kini sudah semakin arif tentang betapa pentingnya peningkatan sales melalui upsell.
.
.
Belum sempat duduk lagi, dah kena serbu,

"Bang, mau makan apa? Nasi goreng ada, mee goreng ada, nasi beriani ada,... ", ujar mamak tersebut.
.
.
"Saya mahu nasi putih, lauk ayam, kuah campur dengan sayur ni", aku balas.
.
.
"Ambil ini telur dadar sekali la abang, sedap sikit", serangan upsell pertama dari mamak.

Aku tepis dengan hayunan talk to my hand secara ayu.
.
.
Aku duduk.
.
.
"Minum apa abang? Oren jus, tembikai jus, apple jus", dia open upsell kedua.

Kau tengok perangai dia upsell. Open menu high end terus. High end level mamak la kan. Kau jangan la compare dengan Starbucks pulak.
.
.
"Saya mahu teh ais satu", balas aku penuh yakin dan firm.

Mamak tersebut pun beredar dengan tenang je.

Dah biasa kena rejection la tu.
.
.
Kau bayangkan kalau dia berjaya close aku dengan telur dadar dan air perahan buah tadi, tentu-tentu sales dia meningkat sedikit walaupun tidak significant.

Tu baru aku seorang. Kalau ramai yang datang kedai dia satu hari lepas tu kena close telur dadar, boleh pergi haji balik hari mamak ni. Patutlah boleh open 24 jam.

Jadi, kau cepat-cepatlah upsell produk kau kat aku. Nanti bolehlah tengok tangan aku yang ayu ni.

Comments