Berbahasalah Dengan Betullah. Eh?

Bahasa jiwa bangsa.

Betul dah kata-kata atas tu. Tinggal kita je yang nak guna pakai atau tidak.

Kalau bercakap dengan orang yang kita sudah biasa kenal atau rapat, boleh diambil ringan sikitlah ketepatan kata-kata di atas tadi.

Pandang ringan sikit tau, bukan pandang ringan terus. Jadi kurang ajar pulak nanti.

Cumanya bila kita berkomunikasi di atas talian ataupun secara tulisan, kita boleh juga menggunakan gaya bahasa santai, gaya bahasa yang biasa orang pakai.

Tapi adalah menjadi salah atau bahasa kasarnya, menjadi agak bangang bila kita cuba membuat penyampaian menggunakan medium penulisan, tapi ditulis dengan shortform bajet gaya bahasa SMS.

Kau ingat, satu dunia boleh faham apa yang tulis?

Memang agak pantang untuk aku membaca penulisan SMS. Sakit mata turun ke hati jadinya.

Jenis penulisan begini juga telah menggambarkan peribadi penulis itu sendiri. Kalau taip penuh untuk orang faham pun malas, maknanya peribadi dia memang pemalas.

Aku suka membaca gaya bahasa Khairul Hakimin dan Al-Irfan Jani. Kau boleh search nama dua orang ni di Facebook. Malas aku nak bagi link kat sini.

Kedua-dua mereka dikategorikan sebagai penyampai yang bagus. Dalam penulisannya ada je campur baur Bahasa Malaysia dan Inggeris. Tapi, tak adalah sampai nak gunakan bahasa shortform SMS. Dia orang pun declare war dengan pengguna bahasa SMS ni.

Jadi, itu sajalah saranan aku. Kita nak bercakap ni kena bagi orang faham. Kalau orang tak faham tu maknanya salah kita sendiri.

Kalau kau jadi macam apa yang orang ni tulis dalam gambar tu masih boleh diselamatkan lagi. Masih tak sakitkan hati orang lagi, kan?

Comments