Berani Punya TIME!

TIME merupakan penyedia jalur lebar swasta yang memberikan data dan kelajuan yang amat besar dan pantas sekali di Malaysia.

Mana taknya, dia boleh bagi kau speed sepantas 500Mbps tau!  Ada kau jumpa provider internet yang mampu bagi kelajuaan dan data sebesar ni?

Nak harap TM? Puih, mentang-mentang dia di bawah GLC, habis dia monopoli industri ni. Bertahun dah internet masuk Malaysia, kelajuan dan servis masih macam gampang.

Berapa je TM boleh bagi? Untuk rate harga yang sama, TIME masih menyediakan plan yang lebih berpatutan.

Cuma TIME ni pun pandai. Dia nak masuk semua bangunan pun dah dimonopoli oleh TM. Jadi, fokus servis TIME tertumpu kepada bandar utama Malaysia dan kawasan residen yang berprofil tinggi.

Nak tunggu dia masuk area flat aku? Memang tak lah. Line TM pun tak ada.
.
.
.
Daripada gambar yang kau nampak dalam post ni buat aku kagum betul dengan TIME.

Berani sungguh dia letak billboard dia depan Menara TM.

Melawan habis!

Comments