Uber Dan Grab Hantar Tentera Perang Dingin



Uber dan Grab. 2 jenama sistem aplikasi pengangkutan masa kini yang menjadi pengganti teksi sebab teksi nakharom.

Ya, aku banyak kenangan tak elok dengan teksi. So, they on my banned list.

Berbalik kepada 2 jenama besar tadi, mereka berjaya buat disruptive marketing kepada sistem pengangkutan sedia ada dunia iaitu teksi.

Umum tahu tentang sistem teksi yang terlalu banyak loop holenya, sehingga kedua-dua jenama ini berjaya memecah masuk ke dalam market pengangkutan.

Tak perlu lagi aku ulas tentang kekuatan kedua-dua jenama ini, namun kali ini aku nak ceritakan bagaimana keduanya bersaing antara satu sama lain demi kelangsungan bisnes.
.
.
Bisnes Uber dan Grab adalah bisnes komoditi, bisnes yang menyelesaikan masalah orang untuk dapatkan pengangkutan dengan cepat, murah dan selesa.

2 sumber utama yang diperlukan oleh kedua-dua jenama ini ialah pemandu dan penumpang atau dalam bahasa biasa mereka, driver dan rider. Tanpa kombinasi kedua-dua sumber ini, sudah tentulah mereka tidak dapat menghasilkan pendapatan kepada syarikat.

Kita cerita dahulu tentang sumber penumpang. Jawapannya senang. Penumpang ada di mana-mana, terutamanya di bandar-bandar besar. Penumpang tak kisah sama ada Grab, Uber, teksi, bas, LRT. Yang penting, memudahkan pergerakan mereka.

Walaubagaimanapun, Uber dan Grab memang mempunyai rate harga yang kompetetif. Ditambah pula dengan kekerapan promosi sehinggakan penumpang boleh menggunakan servis secara percuma. Menjadikan kekerapan penggunaan kedua-dua jenis servis ini sangat tinggi.

Masuk cerita sumber pemandu pula. Cara kedua-dua jenama ini mendapatkan sumber pemandu adalah dengan promosi pengiklanan yang boleh dikatakan agak berkesan. Yalah, siapa tak tertarik dapat peluang menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan. Lagi-lagi kalau pekerjaan hakiki pemandu tersebut tak dapat pun mencapai pendapatan setinggi itu.

Tambah lagi satu teknik, Grab dan Uber memperkenalkan sistem referal, di mana pemandu kedua-dua jenama boleh memperkenalkan pekerjaan menjadi pemandu Grab atau Uber kepada orang lain. Sekiranya mereka berjaya mendaftarkan pemandu baru, mereka boleh mendapatkan pendapatan tambahan sekiranya pemandu baru berjaya melengkapkan beberapa trip pemanduan.

Walaupun, telah berbagai cara untuk mendapatkan pemandu baru, kedua-dua jenama ini sentiasa menghadapi masalah dengan pemandu sedia ada. Antara sebabnya ialah, pemandu menjalankan pekerjaannya secara separuh masa. Ini menyebabkan waktu keberadaan pemandu di jalan raya adalah terhad.

Sebab lain adalah, ketidakpuas hatian pemandu terhadap servis yang dijalankan oleh Grab dan Uber. Perkara ni biasalah, siapa boleh buat semua orang puas hati. Pasti akan ada segelintir yang kurang selesa dengan apa yang cuba kita berikan.

Terdapat beberapa sebab lagi yang aku tak kupas kenapa Grab dan Uber kekurangan pemandu. Tapi, dua sebab di atas tadi dah dikira besar jugalah kepada mereka. Jadi, kedua-dua jenama ini sentiasa mencari cara terbaru untuk mendapatkan pemandu agar dapat memenuhi kehendak penumpang yang memerlukan servis mereka.

Terbaru, kedua-dua jenama ini menggunakan teknik guerilla marketing. Pendekatan yang lebih hardcore dan lebih berani bagi mendapatkan pemandu baru. 

Uber memperkenalkan Uber Brand Ambassador. Mereka membuka booth dan kiosk di beberapa lokasi lalu mendekati pemandu berpotensi untuk menjadi pemandu mereka. Teknik ini menaikkan conversion rate mereka kerana staff Uber berhadapan dengan pelanggan mereka secara face to face.

Grab juga menjalankan pendekatan yang sama. Cuma, ada satu teknik yang aku rasa agak langsi namun efektif. Mereka memperkenalkan jawatan Driver Acquasation Specialist, atau bahasa mudahnya, pakar mendaftarkan pemandu. Tugas jawatan ini sangat simple. Menukarkan pemandu Uber sedia ada berdaftar dengan Grab. Amacam, langsi tak?

Kerja mereka hanyalah menggunakan servis dan menaiki Uber. Sepanjang perjalanan bersama dengan pemandu, mereka perlu meyakinkan pemandu untuk mendaftar bersama Grab. Tawaran insentif setinggi RM85 bakal dirasai oleh pemandu berbanding mereka berdaftar sendiri dengan Grab. 

Cuma pada hemat aku, Grab telah mengeluarkan kos overhead yang agak tinggi untuk mewujudkan jawatan baru ini. Mana tidaknya, gaji staff jalan, conversion rate pemandu Uber kepada Grab belum tentu, tapi kos staff dan trip staff sepanjang penggunaan servis Uber terpaksa mereka tanggung. Walau apa pun, aku percaya Grab telah buat check & balance kira-kira kos supaya apa yang mereka laburkan mendapat pulangan.

Itulah ulasan aku tentang perang dingin Uber dan Grab. Kalau kau sebagai pemandu dan penumpang, tak ada apa pun yang kau rasa sebab tak ada kena mengena pun. Cuma kepada staff kedua-dua syarikat, mereka sentiasa bersaing bagi memastikan servis mereka antara yang terbaik di Malaysia ini.

Tapi kalau kau berminat nak try jadi driver Uber, boleh klik sini. Kalau nak jadi driver Grab pulak, kau klik link sini.

Comments