Tahu Tak Betapa Payahnya Nak Dapatkan Kad Touch N Go?

Post ini adalah post komplen tentang kemudah carian kad Touch N Go.

Pertamanya, kau boleh salahkan aku sebab memang aku noob tentang kemudahan Touch N Go ni.

Ya, aku tahu MyKad ada sediakan servis ni. Tapi its MyKad guys. Bahaya kalau asyik dikeluarkan dari dompet ni.

Kedua, ekspektasi aku terhadap carian kad ni juga meleset jauh. Sudah tahun 2017, namun masih bukan semua lokasi terutamanya stesen minyak menyediakan penjualan kad. Topup tu adalah.

Rakan niaga mereka pula ialah Watson. Memang boleh beli di situ, namun masalahnya kau kena cari parking susah lagi-lagi aku duduk kat area Cheras ni. Watson dalam Mall atau deret kedai yang pasti jammed like hell.

Dah ada stesen minyak seluruh negara, diberi contoh Petronas. Kenapa tak distribute je eksklusif kepada mereka?

Sebab apa Petronas sahaja sudah cukup? 

Mass market pengguna Touch N Go ialah pemandu kereta. Aku tahu Touch N Go sediakan pelbagai servis easy payment. Tapi, kalau kau dah ada satu market besar, kau peganglah betul-betul supaya dapat fully utilized daripada situ.

Pemandu kereta pasti isi minyak di stesen petrol. Kalau semua stesen minyak even di luar highway pun disediakan servis yang sama, kan elok. Mudah untuk pemandu dapatkan kad mereka.

.
.

Komplen aku yang ketiga, customer service dan komunikasi kepada pelanggan yang kurang baik. Buka website, Facebook Page, terpampang nombor telefon khidmat pelanggan. Cuba call, panggilan asyik masuk mesin je. Nak niaga ke tak nak ni?

Boleh pm di Facebook Page, tapi berejam masih tiada jawapan.

Boleh search sendiri locator untuk dapatkan kad di link ini. Tapi kau trylah bukak. Buat interactive macam power nak guna, macam user friendly.  Bila pakai, maps takde respons langsung.

Kenapalah kau tak pakai drop down list yang pastinya lebih mudah untuk customer search. Dah lah kau monopoli bisnes ni di Malaysia. Upgrade sistem pun tak mahu.

Geram betul!

Comments