Senyuman Dalam Setiap Scoop

Kalau pergi event kenduri kahwin, benda paling cepat laku ni pastilah aiskrim.

Budak-budak la yang kerap repeat makan aiskrim ni. Dah dapat satu scoop, dia datang lagi.

Kalau tuan rumah jenis bajet, tak sampai tengah hari habis da aiskrim tu.

Tapi, aku tertarik betul dengan konsep katering aiskrim yang aku jumpa kat Facebook ni.

Katering Basikal Merah Aiskrim namanya. Pakai basikal merah tua, lepas tu letak box aiskrim dekat belakang. Unik betul! Pakcik makcik tua la yang aku peratikan suka dengan konsep ni. Teringat zaman dulu katanya kejar basikal dapatkan aiskrim.

Orang zaman sekarang pun pilih yang unik juga untuk buat majlis. Jadi aku rasa USP ni boleh tahan lama.

Nak tau unik tak unik konsep basikal merah aiskrim ni, boleh tengok video bawah ni ha.


Comments