Pokka Vanila Dan 7 Eleven

Cuba rasa Pokka Vanila Coffee.

Ya, di 7E lagi.

Power betul 7E ni. Tiap kali aku lapar & haus je dia mesti ada depan mata.

Tak tau la perisa ni dah lama ada di pasaran ke tak. Tapi ni memang 1st time aku try minum.

Expectation aku biasa-biasa sahaja. Ingatkan macam kopi susu berperisa vanila.

Rupanya, rasa vanila tu melebih terlampau daripada kopi. Senang cerita, eh kau macam minum air susulah.

Aku kurang berpuas hati sangat dengan air ni sebab rasa kopi kureng. Tapi, siapa yang sukakan sangat vanila tu bolehlah cuba, dapatlah rasa kopi sikit-sikit.

Iyelah, tekak masing-masing kan?

Ke kau orang pening dengan review aku?

Comments