Nak tau ohsem ke tak kunci ni?


    Kunci ni dah bawak aku dari Cheras ke Klang, dari Shah Alam ke Gombak, dari Bukit Rahman Putra ke Bandar Sri Putra, dari Damansara ke Puchong.

    Keras bontot tu biasa. Tayar pancit tu lumrah. Redah hujan tu normal. Dari menempuh jem, lagi best merempit.

    Yelah, aku mana mampu nak angkat kereta mahal-mahal macam kau orang. Dream goal aku pun takde kereta Hummer.

    Apa yang penting, pakai apa yang ada, jalan terus.


Comments