Marketing Oleh IKEA

Masuk ke bilik persalinan lampin di Ikea.

Yelah, sebab bawak anak nak salin lampinlah baru aku berpeluang masuk sini. Kalau tak, takdanya nak masuk.

Dalam bilik tu juga ada ruang untuk ibu menyusu. Disediakan kerusi dan pintu yang boleh ditutup dan dikunci.

Punyalah Ikea ni nak positionkan semua produk dia, habis sampai ke bilik ni pun dia bagi kerusi milik dia. Siap price tag melekat lagi.

Macam manalah orang tak melekat dengan barangan Ikea. Dia pandai baca keadaan kediaman yang pelanggan inginkan.

Sebab tulah pusat perabot Balakong tu penuh barang dari orang. Barang mahal-mahal, tapi positioning hancus.

Comments