Mana Nak Dapat Motivasi?

Motivasi nak dapat kat mana?
.
.
Motivasi perkara sinonim dalam hidup setiap  manusia yang ingin mencapai sesuatu.

Tanpa motivasi, seakan sukar untuk melaksanakan kerja. Hidup lemau bagai tiada panduan tanpanya.

Ada yang dapatkan motivasi daripada pembacaan.

Ada yang dapatkan motivasi dengan mendengar atau melihat rancangan di radio ataupun tv.

Ada juga yang sanggup berhabis, melompat, menjerit, menyanyi bagai nak rak semata-mata ingin mencapai maqam tertinggi dalam motivasi.
.
.
.
Nak tau kat mana aku dapatkan motivasi?
.
.
Ni ha, depan rak makanan mamak Q Bistro je. Dia letak frame tenang je atas tu.

Punyalah power ayat motivasi dia, sampai sekarang terngiang-ngiang dalam kepala aku.

Aku spend sepinggan nasi goreng dengan teh O ais untuk dapatkan motivasi setinggi ni.
.
.
Kat mana pulak kau orang dapatkan motivasi?

Comments