Kau Tahu Tak Beza Laksa & Laksam?

Laksa sedap. Nuff said.

Tak kira dia datang dari Johor ke, Penang ke, Terengganu ke. Hasil akhirnya memang sedap.

Namun, walaupun aku dah nyatakan laksa datang dari pelbagai negeri, datang dengan gaya, persembahan dan rasa yang tersendiri, aku tak tahu beza setiap satu pun jenis laksa tu.

Sehinggalah aku terpanggil untuk melihat gambar yang viral kejap tentang laksa macam kat bawah ni.





Orang JDT buat laksam, namun dia claim itu laksa. Lepas tu kena bahan netizen.

Jadi, untuk elakkan aku menerima nasib yang sama seperti Twitter Bangsa J tu, aku mulakan kajian lanjut tentang laksa.

Bukan susah mana, kau Google je lah. Pasti jumpa.

Lalu aku terjumpa satu link yang padu untuk aku highlight iaitu daripada laman The Vocket.

Ya Tuhan, kalau kau tak baca The Vocket, maknanya level pemikiran kau memang tahap Rotikaya, Oh Bulan, dan Beautiful Nara je. Tak habis-habis benda bangang je dia highlight.

Dalam The Vocket tu, dia terangkan dengan jelas beza rupa dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan setiap jenis laksa. Bagus betul.

Jadi tujuan aku browse web The Vocket tu adalah nak tahu beza laksa dan laksam je. Bukannya nak ambik resipi lepas tu buat niaga.

Mudah cerita, laksa ni pakai mee. Laksam pakai gulungan tepung yang dipotong nipis.

Dari segi kuah pun tak banyak beza antara laksa dan laksam. Cuma, disebabkan laksam ni datang dari pantai timur, jenis kuah antara laksa dan laksam tu sama je. Pakai kuah putih penuh santan. Jadi, dia lebih kepada lemak manis berbanding rasa sambal pedas.

Terima kasih sekali lagi kepada web The Vocket atas penerangan lanjut tentang laksa. Atas penambahan ilmu yang aku dapat ni, dengan rela hati aku pun dah boleh bahan Twitter orang JDT tu walaupun aku juga berbangsa J.

Comments