Kalau Bapak Kau Kena Kata, Apa Kau Buat?

Rancangan TV komedi TV3,  Sukan Tak Sentral ditamatkan akibat kelancangan kata-kata hostnya, Ammar Titan mempermainkan nama bapa Watson Nyambek.

Biasalah rancangan lawak Malaysia ni, makin hari, makin ramai graduasi pelawak bajet keluar daripada akademi pelawakan media atas dasar nak dapatkan rating tinggi. 

Keluar kalau lawaknya senonoh tu ok lagi. Tapi, dah la lawak hambar, nak cover-cover bagi double meaning untuk lawak 18SX, mulut pula main lepas tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. 

Aku terfikir juga. Memang betul dah tindakan Watson Nyambek untuk ambil tindakan kepada produksi Primeworks atas kesalahan ini. Yelah, bayangkan orang ejek bapak kau, kau rasa happy ke? 

Cuma bila aku lihat status Mutalib Uthman ni, memang buat aku geli hati. Betul juga kata dia, anak yang kena kritik ni tak ada pulak nak ambil tindakan kepada orang ramai kan? 


Comments