Ingatkan Aku Habis Rare Dah


Kewajipan seorang suami untuk melayan kehendak isterinya demi kelestarian rumah tangga.

Yelah, kalau barang dapur dah habis, kau rasa rumah tangga boleh berlestari lagi?
.
.
Menurut kemahuannya, dijadikan cerita kami ke pasaraya Giant berdekatan dengan rumah bagi melengkapkan item di dapur.

Macam biasa, dengan motorsikal berkapasiti 100cc kami ke sana. Aku kena tunggu di atas motor sebab banyak barang nak kena jaga sebab baru pulang dari kerja.

Sela waktu yang ada, aku mengisi masa lapang dengan bersosial di Facebook, macam kau orang juga sekarang. Cuma waktu tu aku di atas motorlah.

Tiba-tiba aku disapa seorang pakcik.
.
.
"Nak, pakcik nak ambil gambar anak kejap", katanya.

"Eh, kenapa pakcik?", soal aku risau.
.
.
"Muka anak, serupa dengan muka anak pakcik. Ni pakcik nak tunjuk dia ni!", dia jawab dengan exited.
.
.
Sambil menelan air liur, aku terpaku dengan kata-kata pakcik tersebut. Hati ini mula timbul bibit suuz dzon, 'pakcik ni scammer ke?'.

Berulang kali dia cuba ambil gambar aku dari smartphonenya namun gagal.

"Eh, memori full ni!", katanya.

Pakcik tu siap duduk kejap, sambil mengomel cerita muka aku mirip anaknya, dia delete fail-fail yang tak berkaitan demi mengambil gambar aku.

Katanya lagi, "Anak pakcik cakap, dia pernah tengok orang muka sama macam dia. Dia jumpa kat Dungun".
.
.
Ah, sudah. Memang pernah aku ke Dungun dalam hujung tahun lepas. Tak sangka ada orang stalk sampai sana.
.
.
Habis delete fail, dia pun request nak ambil gambar aku. Aku dengan segan silu bak pengantin, senyum saja sambil gambar diambil oleh pakcik itu.

Untuk tujuan insurans, aku pun ambil gambar dia jugak. Manalah tahu, berguna di masa hadapan, kan?
.
.
Selesai ambil gambar, dia pun berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih. Aku kembali menghadap skrin telefon sambil tersengih sendiri melayani media sosial.
.
.
.
Aku tersengih bukannya apa, kalau betul muka anak dia sama dengan muka aku, agak terkejut juga.

Aku ingat habis rare dah muka aku persis Yakuza Jepun. Sekali ada juga kembar kat Malaysia ni. Hmmm.

Comments