Dari Bulan Rejab Lagi Kau Dah Diingatkan Dengan Ramadhan

Allahumma Baariklana Fii Rajab, Wa Syaaban, Wa Balligna Ramadhan.

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab, dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan."

Antara doa yang disunatkan kepada kita untuk membacanya ketika masuknya bulan Rejab.

Dari masuk bulan Rejab lagi Nabi telah mengingatkan kita bahawa buatlah persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan.

Dan pada bulan Rejab jugalah ramai orang beriman mula mempersiapkan diri dengan amalan agar apabila bertemu bulan Ramadhan kelak,  mereka dapat konsisten dan fokus walaupun seharian menahan lapar dan dahaga.
.
.
.
Tidak lupa juga pada golongan peniaga.  Masuk bulan Rejab juga mereka telah bersedia dengan kempen Pra Ramadhan.
.
.
Ya,  Pra Ramadhan.

Agar kau tak perlu pening memikirkan tentang persediaan bulan Syawal, mereka telah sediakan option awal lagi untuk kau berbelanja.

Tapi itulah, kau tunggu pulak masuk bulan Syaaban,  agaknya ada tak kempen Pra Syawal?
.
.
Lagipun diorang tau, masuk bulan Ramadhan nanti, kau tengah fokus menahan lapar dahaga dan kuat beribadah.

Mana sempat nak fikir shopping raya ni kan? Sebab tu dia start kempen awal ye tak?

Comments