Ayam Pekin Bukan Mampu Milik

Ayam Pekin.

Harga seekor RM1,200.

Haiwan koleksi.
.
.
.
Aku ada job kejap di area Beranang, nak buat video marketing tentang perusahaan asas tani.

Antara item yang kami shoot adalah tanaman macam cili dan timun.  Dia guna teknik fertigasi. Mudah sekarang nak cucuk tanam. Kau kena aplikasikan ilmu sains untuk kemudahan masa hadapan.

Disebabkan kompeni ni juga menjalankan penternakan, kami pun shoot juga haiwan yang ada. Cuma, buat masa ini tempat ni hanya ada ayam dalam reban jelah.

Ayam dia ada pelbagai jenis. Dari jenis ayam daging sampailah ayam-ayam rare yang harganya aku tak pernah dengar langsung, sampai ribu riban kau tau.

Aku pulak masih komplen tentang harga ayam McD.

Comments