Aku Membuat Percubaan Dengan Uncle Jack

Salahkah aku mencuba?
.
.
Aku pernah berkongsi satu post tentang cubaan untuk mendapatkan skuter khas untuk isteri tercinta.

Kalau nak tahu, baca sini.

Kali ini aku masih tidak berputus asa. Uncle Jack, restoran fast food di bawah kelolaan Giant Superstore turut menyediakan hadiah menarik kepada pelanggan bertuah mereka.

Ya, skuter lagi.

Memang aku berangan untuk dapatkan sebiji lagi motorsikal kerana motorsikal sedia ada kurang pergi daya tujahannya.

Dan isteri aku juga berminat dengan skuter ala-ala hipster ni. Daya kuasa skuter ni juga boleh tahan, buatkan aku berminat untuk memilikinya.

Cara untuk menangi hadiah di Uncle Jack ni mudah. Hanya perlu beli set Milo kombo, kau akan dapat resit daripada akak kaunter. Dalam resit tu kau kena isi maklumat peribadi beserta slogan terbaik untuk memenangi hati juri.

Part slogan ni lah yang aku lemah. Pening kepala boleh jadi kalau tak fikir betul-betul. Jadi, aku serahkan part penulisan slogan ni kepada isteri aku. Yelah, dia editor buku kot. Aku editor blog ni je.

Kadang-kadang terfikir jugak, betul ke contest-contest macam ni. Iya-iya je kita join. Entah-entah dia hanya nak buat marketing supaya orang terus membeli produk dia.

Tapi, aku berhusnu dzon, teruskan niat asal untuk memenangi hadiah skuter idaman.
.
.
Giant seperti pasaraya yang lain turut memasarkan produk keluarannya juga. Alah, kau jangan percaya la semua produk dalam pasaraya tu semua owner produk buat sendiri. Diorang pun berkongsi-kongsi kilang yang sama jugak. Yang membezakan antara produk itu ialah kekuatan brand itu sendiri yang membuat marketing dan promosi owner produk tu.

Antara keluaran terbaru dia yang aku rasa mampu distrupt fast food company tentulah Uncle Jack. Dari segi value yang dia beri, ya ia tampak cheap tapi memang itulah harga yang ditawarkan, memang murah.

Dapat ayam goreng hampir sama rasa dengan rasa KFC, bagi aku itu sudah cukup baik.

Antara sebab aku rasa Uncle Jack mampu bersaing kerana satu, mereka duduk di bawah brand Giant. Dua, overhead kos yang amat rendah kerana dibuka hanya di dalam Giant. Tidak perlu mencari tapak di luar yang pastinya menelan belanja lebih tinggi lagi.

Sebabkan aku nak menang skuter, jadi tolonglah sokong Uncle Jack demi aku.

Comments