Aku Dan Touch 'n Go. Lagi

Perkhidmatan Touch 'n Go telah memudahkan perjalanan melalui tol di Malaysia.

Dahulunya kita terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter tol. Kini, kebanyakan lebuhraya di Malaysia dan terbaru lebuhraya PLUS &  Elite telah menggunakan sistem pembayaran elektronik Touch' n Go sepenuhnya.
.
.
Aku juga seorang pengguna Touch 'n Go yang tegar. Dahulunya aku sangat takut melalui tol. Kini, tak kira untuk kerja atau pulang ke kampung halaman, kad Touch' n Go tetap melekat di dompet bagaikan IC dan lesen memandu.

Sebelum ini aku ada meluahkan ketidak puas hatian terhadap kemudahan mendapatkan kad Touch 'n Go.

Kalau kau nak tahu, baca post ini.
.
.
Dijadikan cerita, hari ini aku perlu melalui tol ke arah Setia Alam. Macam biasa, kad Touch 'n Go telah sedia melekat di atas pelindung matahari kereta (entahlah, aku tak tahu perkataan yang sesuai menggambarkan benda alah tu).

Syarikat konsesi lebuhraya dah bagi mudah dah dekat kita. Sebelum sampai tol, dari jauh lagi di atas tar dah ada logo nak lalu tunai ke, Touch 'n Go ke, Smart Tag ke. Hampir sampai ke kaunter tol, terpampang besar signboard membezakan setiap jenis pembayaran.

Benda ni basic dah, dalam 500 meter mendekati tol, aku dah tau kena lalu kaunter Touch 'n Go. Yelah, rasanya level aku belum perlu lagi nak pakai Smart Tag tu. Tak adalah nak speeding mana pun.

Jadi, macam biasa aku masuk lane kaunter tol. Mulanya aku pelik, kenapa kaunter ni macam lain daripada yang biasa aku masuk.

Aku cuba hulurkan kad menyentuh papan Touch 'n Go.

Pelik. Kad tidak memberi respon.

Belakang dah ada kereta menunggu.

Atas dasar pengguna jalanraya berkhemah, aku mengalah lalu melambaikan tangan kepada kereta belakang sambil menukar kepada gear reverse.

Perlahan-lahan aku undur sambil tengok signboard atas kereta.
.
.
Ya, ia berlabel Smart Tag.
.
.
Dengan penuh tawaddhuk, aku beralih ke lane sebelah tanpa memandang kereta di belakang tadi.

Rasa bersalah penuh dalam diri, tapi buat muka selenge juga kepakaran aku.

Aku teruskan perjalanan dengan menyentuh kad di papan Touch 'n Go di lane yang sepatutnya dan kenang peristiwa tadi dalam doaku.
.
.
Masalahnya, memang tak boleh sentuh kad Touch 'n Go di lane Smart Tag ke?

Comments